betul kata orang, sabar itu separuh daripada iman. kalau kita bersabar ada ganjaran yang Tuhan berikan. ganjaran yang berlipat ganda. haha bukan nak menunjuk weyh, tapi aku nak kongsi kegembiraan aku ni haa. benda yang aku tak harapkan akhirnya aku dapat. sekaligus. sekaligus koo!! korang nak tahu apa yang rezeki aku dapat? nih...
Tawaran Ke Politeknik
Temuduga SPA Latihan Kejururawatan U29
Tawaran Ke UiTM Dungun
see? aku dapat 3 sekaligus kau jahh. aku tak sangka. aku just beli num pin untuk ke UiTM (RM10.00) je. aku isi saje2 je sebab results SPM aku tak de laa CEMERLANG sangat pun. 1A- je, tu pun sains. yang lain B+. haha aku ni tak de la pandai sangat. emm mesti korang kata "ala, second intake memang la senang dpat." ye, memang la senang dapat. tapi pape pun aku bersyukur lah dgn Rezeki yang Allah bagi ni.
so, aku dah decide, aku masuk UiTM sementara sampai results temuduga SPA (2/12/13) ni keluar. kalau aku dapat Latihan Kejururawatan tu, aku akan benti berlajar UiTM serta merta then aku amik la Diploma Kejururawatan. Lepas aku tamat berlajar selama 3 tahun, aku terus diserap kerja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
kalau aku tak dapat SPA tu, aku just teruskan pelajaran aku iaitu Diploma Pentadbiran Awam. DPA ni best jugak la aku rasa, semua nya pasal politik. yang aku dah faham setakat ni, aku just research kat internet je la. aku baca2 apa itu DPA dan pekerjaan untuk graduan DPA sangatlah meluas. boleh kerja swasta takpun kerajaan. so tak rugilah kalau aku amik DPA ni kan? hahaha.
btw, aku terlupa pulak nak cite pasal politeknik. kos yang aku apply ialah Diploma Sains Kesetiausahaan. 3tahun je berlajar. tapi aku tak amik walaupun tawaran aku dah terima. aku kena daftar pada (23/11/13). better aku masuk UiTM kan? haa. lagipun, kos yang aku apply kat poli tu pun aku pakai amik jelaa sbb aku dah rasa giveup je nk sambung berlajar. aku asyik terpikir je yang kerajaan tak pandang dah results SPM aku. kos DSK tu senang je. tu aku apply. hahaha
okaylah sampai disini sahaja untuk aku post. lagipun aku tak de sape nk citer. aku just meluahkan perasaan ini kat blogger aku je haa. ingatlah, Allah akan tolong hambaNya dalam kesusahan. yang penting, berdoa okay? :))
SEMOGA AKU BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AMINN..