Okay, hmm kami dah bertahun2 bersama tapi sebelum ni kami terpisah selama 7BULAN bukan 7saat bukan 7minit bukan 7hari bukan 7malam tapi 7BULAN !! Korang dengar tak?!! 7BULAN!!! Haha a.k.a macam budak couple seminggu tu. Perli sikit la. Sebelum tu kami telah bersama selama 1Tahun 4Bulan 12Hari iaitu dari tarikh 29 April 2011 - 10 Sept 2012. Hubungan kami terputus kerana salah kami berdua. Tersepit dengan ruang dan waktu. Si laki senyap dan berdiamkan diri TANPA khabar berita dan si pompuan hanya MENUNGGU khabar berita. Macam Romeo and Juliet tapi Juliet yang tunggu Romeo. Ewahhh. Hahahaha. So, selama tanpa khabar berita itu, si pompuan ni berkawan dengan kawan kelas dia sendiri yang bernama 'N' . 'N' ni si pompuan hanya menganggap sebagai kawan sahaja dan dalam pada yang sama si 'N' ni sudah jatuh hati pada si pompuan ni. Hati si pompuan ni ada si laki sahaja iaitu FIKRI. Fikri tu lah pakwe si pompuan ni. Pompuan ni SYUHADA iaitu aku laaa. Dalam pada yang sama si pompuan tahu yang si laki tak ada kredit n ada masalah kewangan dan susah nak contact apatah lagi nak jumpa even rumah dekat tapi macam jauh. Macam dari Negeri Perak ke Negeri Johor. Hmm bersambung balik cerita 'N' ni, 'N' ni berharap dan terus berharap yang si pompuan terima dia. 'N' tak tahu yang si pompuan dah ada si laki. Hati si pompuan berbelah bagi, Si pompuan sayang sangat2 kat si laki. Si pompuan cuba pertahankan hubungan yang dah lama ni, tapi..... si laki terus mendiamkan diri. Macam melukut di tepi gantang. Dalam pada yang sama, si pompuan telah memberitahu 'N' bahawa dia sudah berpunya tetapi si laki tak ambil tahu pasal si pompuan. Maksud si pompuan, dia dah menganggap bahawa BOYFRIEND dia dah tak sayang dia. Mybe BOYFRIEND dia dah ada orang lain. Bila 'N' dapat tahu dia terus berharap dan memberi harapan pada si pompuan yang dia akan membahagiakan si pompuan ni.Si laki tak tahu yang si pompuan dah ada 'N'. Si pompuan dah bersama si 'N' selama sebulan iaitu bermula pada tarikh 4 Ogos 2012. Maknanya si pompuan belum putus dengan si laki. 'N' ada kata yang dia sanggup kongsi kasih asalkan dia dapat hati si pompua ni. Dia menunggu si pompuan untuk melepaskan si laki, Tapi si pompuan dah menganggap bahawa dia sudah putus dengan si laki. Setelah sebulan bersama dengan 'N', barulah si pompuan ni buat keputusan memutuskan hubungan dengan si laki. Si pompuan tak sanggup sebab si pompuan terlalu cintakan si laki tapi si 'N' kata, "buat apa tunggu orang macam tu sedangkan saya dah ada untuk awak?!" Si pompuan termakan kata2 manisnya. Si pompuan pun hantar text pada si laki yang dia ingin memutuskan hubungan ini, tiba2 si laki balas, bahawa dia dah tahu segalanya. Dia dengar si pompuan naik moto dengan 'N' , pegang2 tangan 'N' dan dah bersama dengan 'N'. Dia pun melepaskan si pompuan ni. Si pompuan pun terpaksa buat semua ini kerana atas dasar kata2 manis si 'N' yang dia akan membahagiakan si pompuan.
Si pompuan bersama dengan si 'N' selama 7BULAN sahaja. Memangla bahagia tapi itu mula2. Tapi makin lama, si pompuan makin tawar hati. 'N' selalu tipu si pompuan, selalu pinjam duit si pompuan dan selalu gaduh maki2 mak sendiri. Kalau boleh hari2 gaduh kerana hal kecik je dah jadi hal besar. Si pompuan tak tahan. Dalam pada yang sama si pompuan ada contact dengan ex dia, iaitu si laki melalui facebook adik si pompuan. Dia bercerita dari awal sampai akhir kenapa dan mengapa dia couple dengan 'N'. Setelah berkawan semula dengan si laki, si pompuan meminta si laki berangkat. Si laki menerima. Si pompuan amik keputusan ingin memutuskan hubungan dengan si 'N'. Dalam pada itu, si pompuan memberitahu si laki yang dia bergaduh dengan 'N' dan si pompuan dah tawar hati dekat 'N'. Si laki datang rumah si pompuan menaiki kereta Viva Silver dan hati si pompuan rasa tenang bila dapat jumpa si laki. Bila dah jumpa, si laki cerita dari awal sampai akhir yang dia sayang sangat2 kat si pompuan. Dia tak sanggup berpisah dengn si pompuan. Dia terlalu cintakan si pompuan. Tapi ni salah dia jugak, dia mendiamkan diri tanpa berita. Akan tetapi, salah si pompuan ni jgk, pegi curang. Selepas jumpa, si pompuan terus buat keputusan memutuskan hubungan dengan 'N'. 'N' terima dan kami berpisah secara baik. tapi baik mula2 jela, sekarang musuh. Kami berpisah pada 28 Mac 2013 selepas berjumpa si laki tadi.
Pada 29 Mac 2013 iaitu keesokannya dalam pukul 2 pagi, si pompuan chating dengan si laki untuk menyelesaikan masalah mereka yang dahulu. Si pompuan tahu dan rasa bersalah pada si laki. Rupa-rupanya si lelaki stalk si pompuan di twitter dari awal hingga akhir. Si pompuan tak tahu yang si laki ada twitter. Si pompuan terkejut dan rasa bersalah dan rendah diri pada si laki. Kenapa baru sekarang si laki bagi tahu? Kenapa tak munculkan diri selamatkan hubungan ni? Kenapa lepaskan si pompuan even hati still sayang lagi? Si pompuan rasa keliru dan terus berasa salah. Si pompuan dah menghancurkan hati si laki. Setelah itu, masing2 mengaku ada rasa sayang dan cinta lagi. Si laki tak boleh mencintai orang lain selain si pompuan. Dan si pompuan ingin menebus kesalahan dia dan masih lagi mencintai si laki. Dengan itu, si pompuan menyuruh si laki mengambil cincin yang pernah si pompuan beri dulu, menyarungkan sendiri cincin itu dan menandakan mereka bersama semula. Si pompuan tidak merasa sedih pun setelah berputus dengan 'N' malah dia gembira kerana dia dapat bersama semula dengan si laki even si pompuan tak sampai sehari putus dengan 'N'. Setelah itu, kami hidup bahagia sampai sekarang :)
Ada satu hari, si laki mengajak lepak di rumahnya, si pompuan pun datanglah rumah. Di rumah, si laki sedang menonton televisyen dan si pompuan sedang online si laki punya facebook, tetibe ada satu chatting keluar. Si pompuan beritahu ada laki hantar chating, dan si laki resah dan mengelakkan si pompuan dari baca chat mereka. Si pompuan rasa hairan dan tak berpuas hati, dia ingin juga membaca. Hmm setelah membaca chat tersebut, si pompuan menangis dan tak sangka selama ini si laki berdiam diri kerana dia takut babah dia tahu yang dia contact dengan si pompuan atas sebab2 tertentu. Si pompuan hampa dan kecewa kerana dia salah anggap si laki ada pompuan lain dan tak sayangkan dia selama ini. Si pompuan silap dan menyesal. Si laki tak beritahu awal2 dan dia tak nak libatkan si pompuan. Baru si pompuan tahu yang sebenar2 nya si laki mendiamkan diri. Si pompuan mengalirkan air mata depan si laki untuk kali pertama. Dia taknak bagitahu si pompuan sebab dia sayangkan si pompuan. Tapi, kenapa tak bagitahu?? Kenapa buat si pompuan macam tak wujud? Si laki hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak buat apa. Yang penting dia dah dapat si pompuan tu balik. Babah tak tahu yang si laki masih bersama denga si pompuan. Agak2nya, babah marah tak kami bersama? Itulah persoalan yang selalu terlintas dalam fikiran si pompuan sampai sekarang. Yang penting si laki dan si pompuan bahagia sampai sekarang dan mereka rasa serasi bersama.....
Objektif dalam post ni, aku nk bagi tahu yang jodoh takkan kemana. Dah dia jodoh kita, bahagia lah kita selamanya :) Saya sayangkan awak sangat2 Fikri Syahmi :* Salam.......